Merujuk laporan Utusan Malaysia Online 28 Jun 2008. Aktiviti songsang masih menjadi kegemaran pemimpin politik. Padan pun melata tumbuhnya kelab gay di ibukota Kuala Lumpur. Apa nak jadi ni? Lama-lama tak ada lagi lelaki minat perempuan kalau dah syok sesama jantina. Yang perempuan pulak syok sesama perempuan.
Tak kurang juga lelaki dan perempuan yang gemarkan dua hala sekaligus. Katanya, one way tak mainlah. Better try something extra-ordinary barulah ada ummpphhh! Buatlah Yeop, asalkan bahagia… akhirat esok pandai-pandailah jawab! Anak-anak kecil pun reti fikir, katanya, binatang pun tahu pilih jantan betina. Hairan manusia yang diberi akal yang mulia lebih hina daripada binatang. Nak panggil apa entah lagi… tak tahulah!
Liwat: Laporan polis terhadap pemimpin politik
KUALA LUMPUR 28 Jun – Seorang pemimpin sebuah parti politik didakwa meliwat seorang pekerjanya di sebuah tempat di ibu negara. Khamis lalu.Satu laporan polis mengenai dakwaan tersebut dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun itu di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, laporan berhubung kejadian itu sudah dimaklumkan kepada beliau dan siasatan terperinci akan dilakukan.
Jelasnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh polis, lelaki berkenaan mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.
“Lelaki berkenaan akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur esok atau Isnin ini untuk pemeriksaan kesihatan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
“Siasatan terperinci akan dilakukan selepas menerima laporan DNA tersebut,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Komen Pemuda Pelapis:
Agak-agak siapa punya kerja lagi ni? Pemimpin yang sama jugakah atau pemimpin baru? Masya’Allah tak habis-habis tabiat laknatullah. Jika orang yang sama faham-faham sendiri sudahlah… tapi kalau orang baru nak juga kita tahu siapa gerangannya? Inikah pemimpin politik di sebuah negara Islam? Betul ke Malaysia ni negara Islam? Islam Hadhari Dolah Badwi ke? Apa yang pasti kita sekarang berada di akhir zaman. Macam-macam bukti nyata telah diberikan petunjuk oleh Allah swt.
Biar dulu… tak mahu ulas panjang-panjang. Kita tunggu dan tengok nanti selanjutnya. Katanya Allahyarham Ibrahim Pendek, mari! mari! mari! kita tengok, kita tengok, siapa yang kena? siapa yang kena…?